Khamis, 2 April 2015

RESEPI SOSEJ TELUR

SOSEJ TELUR LOVE  @ SOSEJ TELUR BERSULAM CINTA... 

assalamualaikum semua,

salam pagi jumaat yang mulia...

Oleh kerana ramai sangat yang post menu sosej telur ni..fatimah pon teringin la nak memcuba nya....

ok jom kita tengok hasilnya....


Tadaaaaaaa..huhuhu..jangan gelakkan ambr tau,..sebab ni kan pertama kali kita buat...

☆☆resepi tersangat la mudah...☆☆tapi mula2 buat memang terkial hahahahaha.....

Ok walau pon tak berapa nak menjadi..fatimah nak kongsi kan la jugak resepi dia,takut korang pon nak mencuba kan..kan...sekali sekala ubah selera...

Sosej Telur Love @ Sosej Telur Bersulam Cinta
Dari FATIMAH TARMIZI untuk korang

BAHAN-BAHAN :
3 batang sosej (direbus telebih dahulu dan sejukkan)
3 biji telur gred C @ D (lagi kecik lagi ok)
3 batang pencungkil gigi/lidi
Minyak secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayonis secukupnya

CARA-CARA :
1. Belah dari hujung sosej hingga ke hujung satu lagi tapi jangan sampai habis, tinggalkan dalam 1/2 cm.
2. Pegang dan tarik hujung yang terbelah dan cantumkan terbalik ke bawah sehingga membentuk love.Cantumkan dengan lidi.
3. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Perlahankan api.
4. Letak sosej dalam kuali.
5. Pecahkan telur.(seeloknya dalam bekas lain, biar cantik hasilnya).
6. Letak sedikit putih telur memenuhi ruang dalam sosej tadi dan biar seketika. (ini untuk mengelakkan telur bocor keluar)
7. Letak semua baki telur tadi dengan kuning telur di tengah-tengah.
8. Biar di atas dapur dengan api kecil sehingga masak. (aku suka tutup kuali sebab nak hasil dia telur tu berkilat dan tak kering sangat)
9. Bila dah masak boleh diangkat dan dihidangkan.

Ok SELAMAT MENCUBA ye sayang2 semua..kalau jadi share la dengan fatimah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan