Jumaat, 26 Disember 2014

TIPS KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN


Untuk business partner fatimah atau yang akan jadi business partner fatimah :-) sedikit perkongsian dari fatimah iaitu KUASAI PEMASARAN - Sentiasa Bersedia Untuk “Kembali Ke Sekolah”

Konsistensi adalah kunci utama kejayaan sesebuah perniagaan. Jika kita mempunyai produk yang bagus dan tidak ada seorang pun yang tahu tentang kewujudannya, maka produk itu adalah sia-sia. Ilmu pemasaran adalah ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap usahawan. Ini kerana ia adalah ilmu yang digunakan untuk menarik ramai pelanggan, supaya jualan dan keuntungan kita meningkat secara drastik. Oleh yang demikian. Sentiasa bersiap sedia untuk kembali ke sekolah. Maksudnya di sini, sentiasa terbuka minda untuk menimba ilmu pemasaran. Belajar selok belok ilmu menarik pelanggan ini menerusi buku-buku atau seminar-seminar yang dianjurkan pakar.

Dengan ilmu pemasaran yang betul dan terbukti berkesan, kita dapat menjana keuntungan dengan pantas. Seperti kata bilionair Donald Trump, “Produk yang bagus akan tetap gagal, apabila usahawan itu tidak mempunyai ilmu pemasaran.”

#PREMIUMBEAUTUFUL
#MARINEESSENCE
#BBPLUSCOLLAGEN
#MINERALCOFFEE
#JAMUMAHARANI
#BVSM

FATIMAH TARMIZI
019-7854876

BANDAR BARU UDA,JOHOR BHARU


Tiada ulasan:

Catat Ulasan