Sabtu, 28 Jun 2014

TIPS BERPUASA UNTUK IBU YANG HAMIL

Tips berpuasa ketika mengandung....

Teringin saya nak kongsikan buat ibu hamil khasnya sempena 
bulan Ramadhan yang mulia.
Persoalan ini saya sendiri pun fikir cemana nak berpuasa nanti
sedangkan kita ni hamil.. kuatkah? boleh tahan kah?
.

cemana pulak yang sedang hamil dalam trimester pertama..?
masih mabuk dan perlukan penjagaan rapi dalam kesihatan..

Cara Mudah Hamil Ketika Berpuasa

1) Rancang hari anda supaya boleh berehat secukupnya.

2) Elakkan berjalan jauh dan membawa barang yang berat.

3) Elakkan aktiviti yang buat anda jadi panas kerana ini boleh 
menyebabkan anda cepat haus, kering dan membahayakan baby.

4) Minta nasihat dari keluarga yang pernah hamil ketika berpuasa.

5) Amalkan makanan yang bagus ketika berbuka puasa.

Cara Ideal Berbuka Puasa Ketika Hamil

1) Buka dengan 3 biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak diikuti 
dengan sup, sebaiknya sup yang jernih. (Kurma dan jus baik untuk 
menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.)

 2) Satu pinggan salad dan ulam sevagai pemula makan.

3) Protin daripada ayam, ikan, daging, kacang kuda dan kacang buncis.

4) Karbohidrat kompleks dari beras perang dan roti gandum penuh.

5) Banyakkan makan sayur dan buah-buahan.

6) Elakkan makanan berlemak tinggi untuk mencegah kenaikan berat badan
atau mengambil makanan yang tidak bagus atau menggalakkan ketakcernaan.

Berpuasa Secara Sihat

1) Selepas makan malam, rehat seketika kemudian bangun 
dan berjalan. Lakukan aktiviti yang ringan.

2) Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi 
pastikan anda mesti mengambil sahur.

3) Minum banyak air selepas berbuka puasa dan sebelum
 sahur untuk mengelakkan penyahidratan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan